BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sedia Membantu

Wednesday, November 18, 2009

persahabatan

Sahabat


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…
Tetapi…Dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana…
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran,
Seorang sahabat, begitulah juga dia,
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti – nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang – kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi peluang untuk
Menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniupkan semangat
Setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah ?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat
Untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan ?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar daripada yang hanya bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa…
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…

Sebagai kekuatan,
Jadilah kita sahabatnya itu…
Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Terlukis di wajah keriangan, tergambar sebuah ketenangan, namun tak siapa yang mengerti rahsia hati… Kita tidak tahu…
Tetapi…Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu…